Rukun & Syarat Sah Nikah

Rukun nikah
  1. Pengantin lelaki (Suami)
  2. Pengantin perempuan (Isteri)
  3. Wali
  4. Dua orang saksi lelaki
  5. Ijab dan kabul (akad nikah)
   * singkatan S.I.S.W.A.


Syarat Sah Nikah
Syarat bakal suami
  • Islam
  • Lelaki yang tertentu
  • Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
  • Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
  • Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat bakal isteri
  • Islam
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan seorang khunsa
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak dalam idah
  • Bukan isteri orang
Syarat wali
  • Islam, bukan kafir dan murtad
  • Lelaki dan bukannya perempuan
  • Baligh
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik
  • Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
  • Merdeka
  • Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
* Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

Syarat-syarat saksi
  • Sekurang-kurangya dua orang
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Lelaki
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap
  • Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
  • Merdeka
Syarat ijab
  • Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
  • Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
* Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".
Syarat qabul
  • Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
  • Tiada perkataan sindiran
  • Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
  • Menyebut nama bakal isteri
  • Tidak diselangi dengan perkataan lain
* Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".

21 comments:

  1. Bkn lagu bro.ni cara perkahwinan mnurut Islam..ianya dinamakn akadnikah..sume pkara diatas mnerangkn dgn lbh trperinci

    ReplyDelete
    Replies
    1. die maksudkan lagu background ni..bkn pe yg trcatiti di ats..

      Delete
  2. Berguna info ni.. Yg nak kawin, yg dah kawin, yg nak kawin lagi skali pun perlukan pengetahuan ni.. Hehehe

    ReplyDelete
  3. As salam sahabat.Sy mempunyai adik yg telah melangsungkan perkahwinannya di Sabah tanpa restu ibubapa.Adik sy berwalikan seorang teman suaminya di sana.Menjadi persoalan sy,cara adik sy berkahwin cuma ada akad nikah dan di akhir upacara ada asap dan ibu jari diletakkan di kepala.Mohon pencerahan... terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak sah sebab wali harus belah saudara pihak perempuan(lelaki) dan boleh jika wali yang sah beri kuasa kepada wali hakim.. setahu saya tiada upacara "akhir upacara ada asap dan ibu jari diletakkan di kepala.Mohon pencerahan... terima kasih. harap cik boleh rujuk kepada ustaz atau ustazah di sana ^_^

      Delete
  4. Thank's yaa
    Semoga aja aku cepet dapat yang terbaik buat aku

    ReplyDelete
  5. اَلْحَمْدُلِلّهِ

    ReplyDelete
  6. Court Marriage Nikah
    www.courtmarriage-nikah.com
    lawvisionpk@gmail.com

    Nikah is “Sunnah” to avoid a major sin
    Court Marriage is Law visions Modern online service, through which we provide Nikah facility to our clients, even if they are at their home. Shadi / Nikah On Phone/Online is just like Court / Ordinary Marriage. It is valid under Shariat and Legal in all respects if it is done through Law vision.
    Nikah will be registered according to the Pakistan Islamic Laws. We would like to clarify just for information of our clients that when Nikah is registered during Court Marriage even when it is done on phone or on Internet, the Nikah Namas which will be Provided by Us will be just like Nikah Nama of arranged marriage.
    You have only to contact us. And provide the following Documents Scanned by E-Mail or Photo Copies on Our Courier address:
    • ID Cards of both Sides
    • Photos of Both sides
    • Cell Numbers of both Parties
    • Permanent Address of the Both
    • Present Address of the Both
    • Appointment of Wakil Letter
    • Expenses of Nikah
    After receiving Documents we will settle a Date and Time of Nikah with your Consultation, at which time Our Nikah Registerar, Nikah Khawan, Our Staff Members, Bride and Groom will appear or be online on Conference Call, in which Nikah will be Held, After Nikah, Nikah Registerar will Complete all 4 Nikah Namas, all the Parties i.e. Bride, Groom and / or their Wakils, Wittnesses, Nikah Registerar and Nikah Khawan will Sign the Nikah Namas and the same will be Complete, Valid and Sharie Nikah Nama of the Parties. In case any Party of Nikah is not present at the time of Nikah, we will send all the 4 Nikah Namas for Signatures of Bride or Groom by Courier at their given address.
    We are the Sole Court Marriage Law Firm in Pakistan, providing Court Marriage/Nikah on line/Nikah on phone services. Hundred of Couples through out the World, mostly from Pakistan, UAE, USA, Canada, UK, Saudia Arabia, Indonasia, Malasia, Germany, India, Kuwait, and in many more countries enjoying their Happy Family lives after availing our Court Marriage Nikah.
    We also Provide Following Post Nikah Services at the Expences of Clients:
    • NADRA Computerised Nikah Nama in English & Urdu
    • English Nikah Nama
    • Translation of Nikah Nama with attestation from Notary Public
    • Foreign Office Attestation of Nikah Namas & other Documents
    • Attestation from Concerned Embassy

    Call Now: +92-3024077416

    ReplyDelete
  7. Bgaiman hukumnya org nikah yg tdk mngcpkn ijab qabul lwt lisan

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum sy ingin bertanya bagai mana jika di ic perumpuan tiada nama bapa.. Anak luar nikah maksud saya.. Siapakah yg boleh mewalikan nya??

    ReplyDelete
  10. mas ini referensi nya dari buku apa ya? saya butuh banget infonya. thanks :D

    ReplyDelete
  11. pekerja asing yang memegang permit kerja tidak dibenarkan bernikah mengikut undang2 imigresen. Pekerja ini telah memasuki siam dgn cara tak sah (tiada permit) dan bernikah dgn perempuan msia di sana. Apakah status pernikahan itu? disebabkan kekangan syarat tersebut. Di ambil kira tempat dia bernikah dan kadi yang menikah kan itu adalah bertauliah

    ReplyDelete